CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 24, 2012

our story begins..


There's a girl who was born on 9th December 1992

she's waited for him

And there's a guyy who was born on ...

They have a lot of difference

She's short,He's taller

He's rich,She's modest

She loves numbers,he loves langguages

And they never know each other until..

She was 19 and he was ...

They had ups and downs ...

The distance keep them silent..

 but Allah knows the best..



To be continued...


exam oh exam!!

Salam alayk,,
......tettttt!!! hihi..mood exam dah bermula,,dan aku masih mencari 'mood exam' itu,,


j0m study!!


haish,,kenapa la kau malas sangat zahirah!!plez wake up la,,exam is around the corner,,plez be serious!!don't repeated any mistakes again and again,,!!
*learned from the past,,
*ingat mak ayah yang mengharapkan kejayaan kau!!you are the only one harapan yg tinggal,,make them proud of you!!
kejayaan xkan datang bergolek tanpa usaha,,
kau berdoa siang malam mintak keajayaan,tapi usahanya mana??
Allah dah berjanji,Allah akan bg kejayaan kepada kita seimpal dgn usaha yg kita lakukan,,

USAHA>DOA>TAWAKAL

So,put your effort!!nothing is impposible to success..

jadual exam sem ni!!


2 sem dah berlalu,,so this sem,i'll try my best..!!fighting!!!
#may Allah ease everything,,all da best to all my frenz..!!

p/s:takut dengan subjek akaun dan probability,,huhu~dah dapat mood sikit nak study,,hewhew =P











Wednesday, December 12, 2012

perlukah aku melupakanmu..??




Pada pertemuan pertama ,tiada apa yg aku dapat rasakan..zero,, 0-0
Tapi,saat masa pantas berlalu,perasaan benci membuak-buak,,
Tiada angin,tiada ribut..perasaan itu datang secara tiba-tiba..perasaan benci,geram,marah..semuanya bercampur-baur..entah kenapa Allah hadirkan perasaan itu,,
Dan tanpa aku sedari,sebenarnya jauh di sudut hati ini,Allah campakkan perasaan kasih dan sayang aku terhadap dirinya..cuma aku yang cuba menidakkan..
Hinggalah pada satu saat,Allah hilangkan dia dari pandanganku..Allah jarakkan kami..
Aku rasa kehilangan..kehilangan orang yang aku sayang..
Dan saat itu,aku belajar melupakan,,melupakan kenangan lalu,,pahit manis yg dilalui bersama..
Sesungguhnya perasaan kasih,sayang dan cinta itu anugerah Allah,,fitrah yg Allah kurniakan utk hamba-hambaNya..dan setiap insan pasti merasainya,,dan bagiku inilah perasaan yang aku tidak pernah diuji sebelum ini,dan sekarang aku diuji..


Allah..sehingga saat ini,detik ini,waktu ini..aku sedang berjuang,,berjuang melupakan perasaan itu,,
Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini..biarlah perasaanku ini disalurkan pada jalan yang Engkau redhai..
Jangan biarkan perasaan ini melebihi rasa cintaku padaMu ya Allah..

Friday, November 9, 2012

senyuman dan tangisan silih berganti

senyumlah selagi mana mampu mengukirkan senyuman itu,
menangislah seandainya tak mampu lagi utk menahan tangisan itu,
kongsilah kegembiraan dan kesedihan dengan pemilik hati kita,ALLAH..


---------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini terlalu banyak perkara yg berlaku,,sehinggakan aku dah tak mampu utk menahan air mata yang mengalir...beratnya rasa..sangat berat..dan pada saat air mata itu mengalir,tiada apa yg aku pinta melainkan kekuatanNya..meskipun tiada yg mengerti..tp Allah ada utk menemaniku saat itu..ALLAH..ALLAH..hnya kalimah itu yg mampu menguatkan aku..memberikan aku kekuatan utk terus bangun..


perempuan..hebat mana pun dia,pasti akan mengalir air mata...kadang2 kesedihan itu dia sembunyikan..dia tak mahu orang lain mengetahui keadaanya ketika itu..dan dengan AIR MATA itulah dia dapat kekuatan..

oh Allah,make me strong..




saat aku keseorangan,tanpa teman di sisi utk luahkan,aku pesan kat diri aku,'zahirah,sabarlah..jangan pernah mempersoalkan itu dan ini..janganlah pernah merasa sedih seandainya tiada yg sudi berkongsi saat susah dan senang bersama-sama kamu,.Allah tahu apa yang terbaik utk kamu,,semua itu sebagai satu peringatan utk kamu perbaiki diri kamu..'



bersangka baiklah pada Allah taatkala ujian itu datang dalam hidup kita..kadang-kadang Allah sengaja bagi kita rasa sunyi walaupun ramai yang menyayangi kita,sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita,,
mengadulah pada Allah..DIA lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu..





Monday, October 29, 2012

bosan dengan CHENTA??



"tolonglah..plez stop cakap pasai cintan cintun segala bagai nih.."-keluhan seorang sahabat-

kadang-kadang diri aku sendiri pun muak sampai nak muntah hijau bila mana orang disekeliling asyik membicarakan soal chenta..asal ada talk,mesti psl chenta,facebook post pasal chenta,heh..


Itulah fitrah manusia, saat Allah hadirkan perasaan chenta dlm hati hamba-hambaNya.perasaan sayang, ingin dichentai, menchentai si dia, dan lain-lain perbuatan adalah fitrah (nafsu) yang juga tidak dapat tidak perlu dikawal bukan disekat. Apa salahnya berchenta jika ia adalah tuntutan agama dan untuk melaksanakan keperluan naluri manusia. Apa salahnya terasa ingin disayangi dan minat terhadap seseorang jika itulah sebahagian kehendak naluri manusia. Yang penting ia mesti dikawal dan melalui jalan yang betul. ISLAM tidak menyekat firah itu, bahkan menyediakan alternatif yang terbaik untuk disalurkan.


Allah bagi hati dan perasaan chenta tu, sebenarnya sebagai suatu ujian. Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta denganNya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!


Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!



Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api."

[Hadith Riwayat Bukhari]



Allahlah yang memegang hati-hati kita. Dia juga yang memberikan rasa chenta. Maka selayaknya Dialah yang kita chentai dahulu.

Allahlah yang memegang hati-hati manusia yang lainnya. Maka sekiranya kita mahu menchentai mereka, chentailah Allah terlebih dahulu, kerana pasti Dia tidak akan mengecewakan kita.

bosan dengan chenta??silakan..anda ada pilihan,tapi jangan pernah bosan dengan chentaNya!!kerana dengan chentaNya sahaja yang mampu membawa kita ke sorga!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika hati tdk diisi dgn kechentaan kpd Allah SWT, pastilah ia akan diisi chenta selain Allah SWT." (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

Friday, September 14, 2012

sem 3~actuary~

h0h0h0...
eh..x sopan lah..assalamualaikum..
disebabkan byk masa terluang sepanjang minggu pertama kuliah ni..hehe,,so banyaklah mengarut sikit,,
maap noh..
huahua..bajet xdak qheja..padahal..haish..boleh buat rileks,,
sem ni agak mencabar sebab..5 subjek 3 kredit,lg 2 subjek 2 kredit..
ni lah subjek2 yg kami kena belajaq

-probability
-linear algebra
-financial accounting(1st time blajaq akaun nih,,huh..moga Allah permudahkan)
-akidah
-akhlak
-dakwah
-object programming

best x??best kan..haha..tambah subjek akidah,akhlak,dakwah(fully in arabic)..pensyarah pun tok arab..
haish,,xpa2...~cool~

1st week pun dah byk benda berlaku n kena uruskan..
sem ni kami semua bsb2 ambik gambar kenangan..mau plak budak laki nak ambik gambaq..sebelum ni susah(myb sebab ada artis kot..IM Naufal tuh..)
~hewhew~



 budak lelaki bsb2
gugurls bsb2
bsb2 actuary sem3~hewhew~
"we cames together as strangers but we lives as eternal friends"



apa lagi eh..hmm..rasanya yang ni ja kot..
moga sem 3 ni lebih baik..x kiralah dr segi akademik,akhlak,ilmu..sama2 kita memperbaiki diri utk menjadi lebih baik..
belajar dr pengalaman lalu,,jatuh sekali bukan bermakna jatuh buat selama-lamanya..
saling tolong-menolong,,masing2 ada kekurangan dan kelebihan...
itulah hikmahnya..saling melengkapi antara satu sama lain..
we can't be perfect,but we can makes our lifes perfect by supporting each others =)

"we cames together as strangers but we lives as eternal friends"










Thursday, September 6, 2012

aku lemah apabila berhadapan denganmu

"aku tak kuat!
aku lemah!
tolonglah...tolong..."


saat nafsu datang menguasai diri..
tiada apa yang bisa menghalangnya..
kecuali iman dan takwa..

lawanlah selagi mana termampu..
jangan biarkan nafsu menguasai diri..
kelak diri kita terseksa dan merana..

before doing something,reflects yourself..
is it good enough..?
is it will make you happy fi dunya wal akhirah..

ingatlah,syaitan dah berjanji pada Allah bahawa dia akan menyesatkan seluruh anak cucu adam!!dan syaitan takkan pernah berputus asa utk menyesatkan kita semua!!

JUM MUJAHADAH LAWAN HAWA NAFSU!!





Tuesday, September 4, 2012

..::Aku wanita,aku kaum hawa::..



✿ Wanita yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi manis..

✿ Wanita yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang yg redha..

✿ Wanita yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang yg rendah diri..

✿ Wanita yang tak pandai, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang ibu mithali..

Monday, August 6, 2012

everything begins with tarbiyyah



This video really2 inspired me a lot..
p/s:setiap kali tgk balik video ni mesti meremang bulu roma=.=''

Sunday, August 5, 2012

be strong ok!!


In the name of Allah,
The foremost high
Alhamdulillah and alhamdulillah.
Praise.. to Him for every single details in life.

.....................................................................................

It's getting hard from time to time...and what can i do is just be strong whatever happened in my life..
beberapa hari yg lepas..keputusan peperiksaan semester keluar...mmg semua org cuak kan!! mcm biasa..aku masih 'cool'..mcm xdak apa2 yang berlaku..
alhamdulillah..apa2 pun aku harus bersyukur..redha dengan apa yg Allah nak bg,,and actually the result reflects our effort and we determine our effort..


Sebenarnya bila kita bercakap ttg erti syukur dan redha,nampak mudah dan simple sahaja,tapi hakikatnya utk menjadi hamba yang bersyukur dan redha bukannya senang..di mulut kita cakap kita redha,bersyukur..namun dalam hati kita hanya Allah yg tahu..boleh jadi kita redha dgn ketentuanNYA..tetapi bukannya 100% right??Redhakah kita andai masih ada secebis kesangsian dgn apa yg diberi..masih mempersoalkan kenapa jadi begini dan begini??kenapa aku tidak layak untuk itu dan ini??-tepuk dada tnya iman- (muhasabah diri sendiri jgk=.='')


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”." Surah Ibrahim Ayat 7



I've learnt something from what happened in my life..actually after matriculation,i really2 want to pursue my study in chemistry field and at the same time I've applied for JPA scholarship(dgn harapan dpt dua2-kos yg dipilih and biasiswa)---but,Allah knows what is the best for me..he gives me JPA scholarship but he doesn't gives me the course that i want..just be positive^_^

And from what I’ve learnt,in life, we’ve got to go with the flow.We don’t receive everything we want in life. Because Allah doesn’t give us things that we want, instead He gives us the needed ones. Of course because He knows what would be the best for us.


A quote says, anything that doesn’t kill you, makes you stronger!
So,Let’s conquer our minds and beat negative thoughts all the way!

-now,i'm actuary to be..pray for me...it's hard for me but i'll try my best-
p/s:maaf,english sy tunggang-langgang,,huhu=.=''


Saturday, July 28, 2012

cinta MADINAH



Kembali kita berjauhan


Salam terpisah



Senyum terpahat



Rindu berbuah



Sayangnya merendang



Jauh begini hati teruji



Cinta madinah dalam lembayung



Dalam terlarang



Tersinar yg agung



Bertopang cinta padamu Nabi



Di bumi madinah



Menjadi saksi



Cinta madinah mekar berseri



Sinaran malar terik mentari



Dijurai dingin malam



Terukir setiamu

Friday, July 20, 2012

ramadhan menyapa kembali~~

Alhamdulillah...
Pejam celik,pejam celik..
akhirnya ketibaan bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam..
bulan yang penuh dengan kemuliaan..RAMADHAN...


hew hew~~
setelah sekian lama..akhirnya tahun ni berpeluang untuk berpuasa sebulan bersama FAMILY!!
semoga nikmat ini dapat digunakan dgn sebaiknya..
semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi seribu satu kebaikan kepada kita semua..


jadikan Ramadhan sebagai medan tarbiyyah utk diri kita..
untuk perbaiki segala kekurangan yang ada..
untuk menampung ketempangan ibadah kita selama ini..


jadikan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk melakukan perubahan..
bukan hanya sehari..seminggu..sebulan..atau setahun..
tetapi berpanjangan...

sedar atau tidak ,sebenarnya kita sedang melawan dengan diri kita sendiri sepanjang bulan Ramadhan..
ramadhan bulan berjihad,bukan bulan berehat..
sama-samalah berjuang melawan hawa nafsu..
.









#Buatlah persediaan yg hebat untuk sambut tetamu Allah ini ( Ramadhan) melebihi dari kita bersedia untuk menyambut 1 SYAWAL.

















Wednesday, July 18, 2012

sebuah pertemuan

Alhamdulillah...
tidak dapat aku gambarkan betapa gembiranya hati ini...
sebuah pertemuan yang singkat,tapi amat bermakna..
dan tiada apa yang aku harapkan melalui pertemuan ini..
melainkan keredhaanNya..


hafizah,teman rapat sewaktu di sekolah rendah sanggup merantau jauh..
dari darul quran ke kelantan kemudian ke perak dan akhir sekali ke kedah..
semata-mata untuk berjumpa teman-teman lama..wlupun pertemuan yg singkat tp sgt bermakna bagiku..
pertemuan yg tak dirancang,,
dapat berjumpa teman-teman lama yg bertahun-tahun tak jumpa..
memang tak dapat digambarkan  perasaan ini..
thanks you all..hafizah,syafika,idayu,satira,zulhilmy..
best sgt2 jumpa korang walaupun hanya beberapa jam..
-sweet memories-
*tak sempat bergambar =.=''



Monday, June 25, 2012

mengemis cintaNYA


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah Allah masih lagi memberikan kita nafas di muka bumi ini walaupun hakikatnya setiap nafas terhela,setiap detik degupan jantung itu mungkin tidak sepenuhnya kita menggunakannya untuk beribadah kepadaNYA kerana itulah sifat manusia yang mudah lalai dan leka dengan nikmat yang diberikanNYA..


Apabila berbicara tentang cinta,tanpa kita sedari kita hanya memfokuskan tentang cinta sesama makhluk terutamanya bagi golongan remaja..itulah fitrah..fitrah manusia yang ingin dikasihi dan mengasihi.Namun sedarkah kita bahawa cintaNYA lebih layak untuk kita agungkan..cintaNYA yang tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNYA..


Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini  semuanya ada permulaan,pengakhiran dan perlukan pengorbanan,,dan begitulah juga dengan cintaNYA..
jika cinta manusia permulaannya mungkin dari mata..katanya dari mata turun ke hati..lalu bermulalah dengan perkenalan..bibit-bibit percintaan..dan akhirnya mungkin membawa ke jinjang pelamin atau berpisah...dua kemungkinan yang bakal berlaku,sama ada kebahagiaan atau kekecewaan menanti..itulah nilai cinta manusia..


Namun lain halnya dengan cinta ALLAH..nilai yang tiada tandingannya..cinta yang tiada pengakhirannya..tidak memerlukan wang ringgit..sangat mudah..boleh berkomunikasi denganNYA saat susah dan senang,bila-bila masa...betapa hebatnya cinta ALLAH,,


Aku sendiri masih lalai dengan cinta dunia..lalai beribadah kepadaNYA..tak dapat dinafikan,iman manusia sentiasa berkurang dan bertambah..hati kita ni sentiasa berbolak-balik..namun itu bukanlah penghalang untuk kita mengejar cintaNYA..bersyukurlah andai hati kita tergerak untuk melakukan ibadah kepadaNYA di saat manusia lain sedang nyenyak tidur..itulah MUKADDIMAH PERCINTAAN kita dengan ALLAH..saat itu Allah sedang menyentuh hati kita..Allah bimbing kita untuk mengecapi cintaNYA..bersyukurlah!!


Kadang-kadang kita sering mempersoalkan kenapa susah sangat nak bangun untuk melakukan qiamullail??
jawapannya ada pada diri kita sendiri,,muhasabah balik diri kita..apa yang kita lakukan seharian..mungkin banyak perkara yang melalaikan dalam kehidupan kita sepanjang hari.
ALLAH nak tengok macam mana hati kita menjaga hukum-hakamNYA di siang hari..jadi,muhasabah balik..



Ingatlah,seandainya kita menjaga kehidupan kita pada siang hari,insyaALLAH..ALLAH jaga kehidupan kita di
 malam hari...wallahua'lam


p/s:peringatan diri sendiri yang makin hanyut dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara,,moga terus istiqamah..JOM MUJAHADAH!!

Saturday, June 23, 2012

Najwa Latif - I Love You Lirik



layan perasaan setelah berhempas-pulas dengan calculus
kau buat hatiku tertawan en.CALCULUS<3!!
sir MOHRI,i will do my best..tolonglah bg dpt A...hmm^^,,

Friday, June 22, 2012

malam ini^^,,

assalam
malam ni tb2 gatai nak update blog
padahal study x habis lg
tb2 idea mencurah-curah dtg..hmm,,tp masa mencemburui diri ini
simpan idea kemaih2 dlm kepala,,erkk..hehe
fokus untuk last payyyypppper..CALCULUS..

p/s:study calculus smbil dgr ikim,,alhamdulillah..dpt sikit pengisian rohani =)

Saturday, June 16, 2012

Sayonara^^



For every step I send you away my tears flow...

For every step that you go away my tears flow again..

You're going to a place where I can't reach,even I spread my hands..

But unable to stop you and I stand here crying..

What should I do??

You're going away..

You're leaving me here..

I love you..saranghae..wo aini..aishiteru..

even I call it out..

You can't hear it because I'm only yelling it inside my heart..

All day I try to erase you,but I still remember you..

All day I say goodbye,I only remember you..

You're the only one for me...


p/s: We may have someone in our mind, someone in our heart, someone in our dreams, someone in our life, but Allah is our someone when we have no one 
if you love s0mebody,let them free..if they come back to you...then you are destenied to be together... 



Thursday, June 14, 2012

waspada dengan CINTA...


Ketika kita jatuh cinta, dan mendambakan seseorang jadi jodoh kita. . . .
Namun kita tetap diam, mengendalikan hati untuk tidak tergesa-gesa mengutarakannya, maka yang ada adalah harapan. . .
Do’a kebaikan untuknya tak lupa kita panjatkan..
Semoga dia mampu menjadi hamba yang beriman..
Mengisi hari dengan kebaikan..
Semoga saja Allah mempertemukan, dan mempersatukan di saat yang tepat..
Saat dimana hanya ada perkenalan dengan cara islam yang berakhir dengan lamaran, bukan dengan hubungan bernama Pacaran.
Jika Allah TIDAK menghendaki kita berjodoh dengannya kerana mungkin ada seseorang yang lebih baik untuk diri kita dan dirinya. . .itulah nilai kepasrahan...
Namun.. Ketika kita jatuh cinta..
Lalu kita menjalinkan hubungan dengannya. Meskipun hanya didunia maya..
Meskipun hanya ingin mengenalnya dengan lebih lanjut..
Maka Syaitan akan ikut mengambil bahagian
Menyiksa hatimu dengan rindu yang menggebu.. Kemudian rindu berganti sayang penuh kehangatan, tentang masa depan yang akan kita tempuhi bersama. Senda gurau dan kemesraan yang kita bina seolah terasa indah , seolah tak ada yang salah. Kita tidak sedar bahawa apa yang sedang kita lakukan sekarang belum halal untuk dilakukan, dia bukan mahram kita
Kitatelah lalai dari mengingatiNya, kita telah lupa ada Allah yang mengawasi kita. . .mengawasi kemesraan yang belum berhak kita nikmati bersamanya. 
Seolah-olah yang menciptakan kebahagiaan di dunia kita hanyalah dia
Seolah-olah tanpa dia hidup kita tak kan ada ertinya
Seolah-olah tanpa dia kita kan kehilangan nyawa. 
Akhirnya.. Ketika perpisahan terjadi, kerana Allah tak menghendaki kita dan dengannya hidup bersama. Kau bersedih dan putus asa.. 
Hidup seolah-olah tak lagi berwarna, bahkan  sehingga tak sudi lagi hidup di dunia. 
Ketika cinta terhalang perbezaan agama, hukum Allah berani dilanggarnya. Padahal Allah jelas tak mengizinkan, seorang muslim/muslimah berkahwin dengan orang kafir sebelum mereka beriman meskipun mereka menarik hatimu atau ketika sang kekasih mengajaknya menukar agama.. atas nama cinta murtad pun berani dipilihnya.. Naudzubillah…
Semua orang berhak mencintai dan dicintai.. Tetapi bukan cinta yang tak diredhai.
Cinta selain Kerana-Nya hanya akan membawa kita pada penyesalan.. Penyesalan abadi. Kebahagiaan yang harus dipilih seorang muslim haruslah kebahagiaan yang abadi.. Kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang ada disisi-Nya. Di Jannah-Nya.
Maka.. Mari saling mengingatkan dalam menatapi kesabaran..
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS al-‘Ankabuut [29]: 2-3)
Segala sesuatu yang hendak menjauhkan kita dari-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak memaksa kita melanggar aturan-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak membuat kita mendustai Janji-Nya hanyalah ujian..
Mari mendekatkan diri pada-Nya, mari mencintai-Nya dengan sebenar-benar cinta.. Maka kita akan tahu, sesuatu yang membuatkan kita hilang kenikmatan menyembah pada-Nya akan segera engkau tinggalkan.
p/s:cintailah seseorang sekadarnya,,andai CINTA melemahkan kita dan menjauhkan kita dari rahmatNYA,,jauhilah CINTA itu...carilah CINTA yang x pernah mengecewakan hati kita,,CINTA ALLAH..insyaALLAH,suatu saat nanti pasti ALLAH hadirkan seseorang yang mampu membahagiakan kita..
LOVE FOR ALLAH (✿◠‿◠)•❤

Wednesday, March 28, 2012

cukuplah Allah bagiku

'hapuskanlah air matamu..
redha dan teruskanlah usahamu..
agar kau bisa mengerti hidup ini..
putarannya bersendiri..'

lumrah manusia yg hidup di dunia,pasti ada saat suka dan duka..
saat suka pasti hati tersenyum gembira,,namun saat terluka...mengalirlah air mata..
namun pada siapa harus kt mengadu..??
-hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang-
mengadulah padaNYA...mintalah padaNYA...insyaAllah dipermudahkan..




jangan pernah ragu dengan janjiNYA...
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
jangan pernah berputus asa..jgn pernah kecewa...
-cukuplah ALLAH bagiku-


p/s:selalulah berdoa padaNYA saat senang dan susah..ingatlah Allah selalu...
~doakan diri ini terus tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup...ALLAHU RABBI~

Monday, March 5, 2012

Memendam vs menegur..



Awak tak boleh lah selalu macam ni. Setiap kali terasa dengan orang, awak pendam perasaan. Lama-lama jadi dendam tau!


Erm..bukan macam tu. Kalau situasi tu jadi kat saya, contohnya saya yang terasa dengan seseorang, saya rasa saya tak patut terasa dengan dia.


Maksudnya?


Ye lah..untuk difahami, kita kena memahami terlebih dahulu. Saya rasa saya tak patut terasa dengan orang tu sebab tu sebenarnya memang perangai dan sifat dia. Kita kenalah belajar menerima orang seadanya. Bukan ke macam tu?

Betul..tapi cuba awak fikir. Kalau awak tak tegur, dia akan ulang perangai yang sama dan orang lain akan terasa pulak.



Tapi penerimaan setiap orang berbeza..mungkin A boleh terima perangai C tapi B tak boleh terima perangai C. Contohnya kalau dah ditegur dan C berubah perangai, kemungkinan pula A tak boleh terima cara baru C walaupun B boleh terima. Faham tak analogi saya?


Faham..tapi dalam konteks sekarang, untuk jaga persahabatan ni, awak tak bolehlah pendam perasaan awak. Kita kenalah saling tegur menegur.


Memanglah..kita kena tegur kalau perkara tu bercanggah dengan syariat..tapi kadang-kadang ada perkara yang kita tak perlu tegur, sebaliknya, kita kena terima orang tu seadanya. Kita tak boleh nak ubah perangai orang, tapi kita boleh belajar menerima perangai orang. Kalau kita tegur dengan harapan dia berubah perangai, bukan ke dia akan berubah atas dasar hipokrit dan sementara?

Mungkin, tapi mungkin juga dia akan berubah menjadi lebih baik selepas ditegur. Kadang-kadang orang tak nampak kesalahan diri sendiri. Perlu ada orang lain yang ingatkan dan menegur. Dengan memendam perasaan, masalah tak kan selesai.



Tapi saya bukan pendam sampai jadi dendam. Saya mendiamkan diri sebab saya rasa kalau saya tegur, persahabatan ni akan terjejas.


Kenapa pulak?


Contohnya dalam situasi saya sebagai orang yang ditegur, tentulah hati tak tenang memikirkan sahabat yang menegur kita dan penerimaan dia terhadap kita.

Mana boleh macam tu..sampai bila nak jaga hati orang. Hati kita sendiri yang parah.



Dalam konsep bersahabat, kita akan rasa gembira melihat sahabat-sahabat kita gembira. Hati sendiri boleh dirawat, hati orang kita tak mampu. Yang paling penting kita kena berlapang dada dengan sahabat. Terima seadanya. Fikirkan apa yang kita boleh bagi, bukan apa yang kita kena terima..


sekadar perkongsian dr blog seorang sahabat...wallahu'alam..