CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 29, 2012

bosan dengan CHENTA??



"tolonglah..plez stop cakap pasai cintan cintun segala bagai nih.."-keluhan seorang sahabat-

kadang-kadang diri aku sendiri pun muak sampai nak muntah hijau bila mana orang disekeliling asyik membicarakan soal chenta..asal ada talk,mesti psl chenta,facebook post pasal chenta,heh..


Itulah fitrah manusia, saat Allah hadirkan perasaan chenta dlm hati hamba-hambaNya.perasaan sayang, ingin dichentai, menchentai si dia, dan lain-lain perbuatan adalah fitrah (nafsu) yang juga tidak dapat tidak perlu dikawal bukan disekat. Apa salahnya berchenta jika ia adalah tuntutan agama dan untuk melaksanakan keperluan naluri manusia. Apa salahnya terasa ingin disayangi dan minat terhadap seseorang jika itulah sebahagian kehendak naluri manusia. Yang penting ia mesti dikawal dan melalui jalan yang betul. ISLAM tidak menyekat firah itu, bahkan menyediakan alternatif yang terbaik untuk disalurkan.


Allah bagi hati dan perasaan chenta tu, sebenarnya sebagai suatu ujian. Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta denganNya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!


Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!



Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api."

[Hadith Riwayat Bukhari]



Allahlah yang memegang hati-hati kita. Dia juga yang memberikan rasa chenta. Maka selayaknya Dialah yang kita chentai dahulu.

Allahlah yang memegang hati-hati manusia yang lainnya. Maka sekiranya kita mahu menchentai mereka, chentailah Allah terlebih dahulu, kerana pasti Dia tidak akan mengecewakan kita.

bosan dengan chenta??silakan..anda ada pilihan,tapi jangan pernah bosan dengan chentaNya!!kerana dengan chentaNya sahaja yang mampu membawa kita ke sorga!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika hati tdk diisi dgn kechentaan kpd Allah SWT, pastilah ia akan diisi chenta selain Allah SWT." (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)