CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 25, 2013

PERIGI CARI TIMBA:Jangan keliru antara adat dan syariat


Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.
Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya. Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.
Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Risikonya adalah antara diterima atau ditolak. Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina. Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.
Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!
Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
Malu kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.
Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan. Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita? Tidak. Yang penting usaha. Ia senang. Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.
Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.
.

sumber:akuislam.com

Friday, February 15, 2013

pengembaraan bermula!!


In the name of Allah,
The foremost high

Alhamdulillah and alhamdulillah.
Praise.. to Him for every single details in life.

New sem,nem start,new life >>>> looking foward for everything!!yeahh..
may ALLAH ease ^_^

Tomorrow will be the last day at home,,then akan berangkat pulang ke USIM terchenta!!

Azam baru untuk melangkah masuk sem baru,,rasa lebih bersemangat kali ni,,serius!!..mungkin disebabkan result yg menggembirakan,even enchek DL(*baca dean list) tidak melamar diriku ini..but i'm hepi as long as targetku tercapai!!



Jugak hepi sebab ramai rakan2 sekelasku dapat DL..bsb2 daebak!!love you all..!!kekalkan momentum anda ya..^^,,

................................................................................................................................

whoaa..pengembaraan sem 4 bakal bermula!!can't believe it..!! 
yuk sama2 tajdid niat..belajar kerana Allah,,kutip ilmu Allah dengan sebaiknya,,tak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat..kedua-duanya penting =)

sem ni kena lebih kuat berusaha..7 subjek,6 subjek 3 jam kredit,1 subjek 2 jam kredit>>total=20 jam kredit
banyak lagi komitmen lain selain akademik,so..perlukan strategi yg baik!!

subjek yang diambil sem 4 ni:

Fiqh ibadah dan munakahat,Prinsip pengurusan perniagaan,Teori hibah dan hibah kompoun,Teknik pengkomputeran matematik,Persamaan dan perbezaan,Statistik matematik,Prinsip insurans dan takaful
                                                                                                                    
Moga Allah permudahkan semuanya,,doakan yang terbaik(^_^)


“Each and every day is a given choice. To start over, move forward or change directions all you have to do is decide.”

p/s:sem ni kena cuba sibukkan diri wlupun tak sibuk[pesanan dr timb.pengerusi sekrefast,ahmad akmaluddin]

Saturday, February 9, 2013

.:: Forheart - Perlukah ::.

Salam alayk!!
alhamdulillah..moga sihat2 selalu..moga sentiasa dalam rahmatNya
malam ni just nak share my feveret song..
actually sedih bila hayati lagu ni..terbayang saat2 indah bersama sahabat2 di maahad dulu..really miss them lah!!
lagu ni special utk sahabat baikku,asma' bt hj mokhtar..insyaAllah ukhwah hingga ke syurga..
senior2ku yg sporting lg cantik dan baik hati..kak farhana,kak nabilah,kak munirah,kak wani,kak aimi..
sesungguhnya kalian anugerah terindah menghiasi cerita hidupku..


jum dengar dan hayati!!



p/s: mood rindu

Monday, February 4, 2013

dalam kepahitan,ada kemanisannya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Alhamdulillah..
berakhir sudah program yang perlu aku kendalikan..
Allah..semua kekuatan ini datang daripadaNYA..

Benar,bukan mudah untuk memegang amanah ini..
tapi aku gagahkan juga..
banyak halangan dan dugaan..
sehinggakan suatu ketika itu aku hampir putus asa untuk meneruskan semua ini
tapi sokongan dari kawan2 menguatkan aku..
terima kasih untuk segalanya

Di akhir program,deraian air mata menemaniku..
sejujurnya,aku bukanlah seorang yg senang utk mengalirkan air mata..
tapi hari tersebut aku tak dapat menahan semuanya..
perasaan takut,kecewa,gembira,terharu..
semuanya bercampur..
aku takut andai amanah trsebut aku tak lakukan dengan sebaiknya
aku kecewa dengan diri aku kerana aku tahu aku mampu melakukan lebih baik lagi,
aku gembira di atas ukhwah yg terjalin antara kami,
dan aku terharu di atas usaha rakan-rakan seperjuangan dalam menjayakan program ini

Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan kalian,
tanpa kalian semuanya tak akan berjalan lancar,
tanpa kalian aku mungkin rebah,

Maaf seandainya aku tidak memberi dengan sebaiknya,,
aku masih bertatih untuk menadi seorang pemimpin..
maafkan diri ini kerana terlalu banyak kekurangan..

........................................

-cebisan kenangan bersama kalian tak akan ku lupa-


barisan fasilitator dan ajk,puan jannah dan prof dr.norita

adik-adik smka arau

sesi fotografi bersama semua student dan guru2 

never regret,
if it's good,it's wonderful,
if it's bad,it's experience..
-sweet memories 2013-