Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Allah masih lagi memberikan kita nafas di muka bumi ini walaupun hakikatnya setiap nafas terhela,setiap detik degupan jantung itu mungkin tidak sepenuhnya kita menggunakannya untuk beribadah kepadaNYA kerana itulah sifat manusia yang mudah lalai dan leka dengan nikmat yang diberikanNYA..
Apabila berbicara tentang cinta,tanpa kita sedari kita hanya memfokuskan tentang cinta sesama makhluk terutamanya bagi golongan remaja..itulah fitrah..fitrah manusia yang ingin dikasihi dan mengasihi.Namun sedarkah kita bahawa cintaNYA lebih layak untuk kita agungkan..cintaNYA yang tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNYA..
Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini semuanya ada permulaan,pengakhiran dan perlukan pengorbanan,,dan begitulah juga dengan cintaNYA..
jika cinta manusia permulaannya mungkin dari mata..katanya dari mata turun ke hati..lalu bermulalah dengan perkenalan..bibit-bibit percintaan..dan akhirnya mungkin membawa ke jinjang pelamin atau berpisah...dua kemungkinan yang bakal berlaku,sama ada kebahagiaan atau kekecewaan menanti..itulah nilai cinta manusia..
Namun lain halnya dengan cinta ALLAH..nilai yang tiada tandingannya..cinta yang tiada pengakhirannya..tidak memerlukan wang ringgit..sangat mudah..boleh berkomunikasi denganNYA saat susah dan senang,bila-bila masa...betapa hebatnya cinta ALLAH,,
Aku sendiri masih lalai dengan cinta dunia..lalai beribadah kepadaNYA..tak dapat dinafikan,iman manusia sentiasa berkurang dan bertambah..hati kita ni sentiasa berbolak-balik..namun itu bukanlah penghalang untuk kita mengejar cintaNYA..bersyukurlah andai hati kita tergerak untuk melakukan ibadah kepadaNYA di saat manusia lain sedang nyenyak tidur
Kadang-kadang kita sering mempersoalkan kenapa susah sangat nak bangun untuk melakukan qiamullail??
jawapannya ada pada diri kita sendiri,,muhasabah balik diri kita..apa yang kita lakukan seharian..mungkin banyak perkara yang melalaikan dalam kehidupan kita sepanjang hari.
ALLAH nak tengok macam mana hati kita menjaga hukum-hakamNYA di siang hari..jadi,muhasabah balik..
malam hari...wallahua'lam
p/s:peringatan diri sendiri yang makin hanyut dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara,,moga terus istiqamah..JOM MUJAHADAH!!