Salam Alayk,,
Such a wonderful day today,,alhamdulillah..may Allah bless us..
Renungkanlah,
Kehidupan ini bukan untuk suka-suka
Hakikatnya,banyak yang kita pelajari dalam hidup ini..
Memberi dan menerima..
Suka untuk aku membicarakan tentang ini,,
Kadang-kadang,bila aku sendirian,,
aku tertanya-tanya..
selama aku hidup,berapa banyak pemberianku..?
ikhlaskah aku dalam setiap pemberianku?
Ikhlas itu tidak boleh dinilai dengan kaca mata,
Ikhlas itu tidak boleh dipaksa-paksa,
Ikhlas itu tidak boleh dibuat-buat,
Ikhlas itu hanya Allah yang dapat menilainya,
Kerana ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di kegelapan malam,
Betapa indahnya sebuah pemberian yang penuh dengan keikhlasan..
Pasti sang penerimanya merasai keikhlasan itu..
Kadang-kadang kita memberi,
Kadang-kadang kita menerima,
Konsepnya sama,
Memberi dengan ikhlas,berlapang dada bila menerima..
Bukan setiap masa kita memberi,
dan bukan setiap masa kita menerima,
Kedua-duanya adalah proses,
Proses yang pasti berlaku dalam hidup,
Dalam persahabatan perlu memberi dan menerima,
Dalam pelajaran perlu memberi dan menerima,
Dalam keluarga juga perlu memberi dan menerima..
Memberilah sekadar termampu,
Usah pedulikan cacian mereka disekelilingmu,
Ganjaran itu urusan Allah,
Bukannya urusan manusia..
--Orang yang memberi lebih gembira drp orang yg menerima--
“We make a living by what we get but we make a life by what we give” – kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.
Enough said..
Jazakumullah..
p/s:bila kita ikhlas,rasa indah sangat,macam jatuh cinta,,hehe..