CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 24, 2012

exam oh exam!!

Salam alayk,,
......tettttt!!! hihi..mood exam dah bermula,,dan aku masih mencari 'mood exam' itu,,


j0m study!!


haish,,kenapa la kau malas sangat zahirah!!plez wake up la,,exam is around the corner,,plez be serious!!don't repeated any mistakes again and again,,!!
*learned from the past,,
*ingat mak ayah yang mengharapkan kejayaan kau!!you are the only one harapan yg tinggal,,make them proud of you!!
kejayaan xkan datang bergolek tanpa usaha,,
kau berdoa siang malam mintak keajayaan,tapi usahanya mana??
Allah dah berjanji,Allah akan bg kejayaan kepada kita seimpal dgn usaha yg kita lakukan,,

USAHA>DOA>TAWAKAL

So,put your effort!!nothing is impposible to success..

jadual exam sem ni!!


2 sem dah berlalu,,so this sem,i'll try my best..!!fighting!!!
#may Allah ease everything,,all da best to all my frenz..!!

p/s:takut dengan subjek akaun dan probability,,huhu~dah dapat mood sikit nak study,,hewhew =P











Wednesday, December 12, 2012

perlukah aku melupakanmu..??




Pada pertemuan pertama ,tiada apa yg aku dapat rasakan..zero,, 0-0
Tapi,saat masa pantas berlalu,perasaan benci membuak-buak,,
Tiada angin,tiada ribut..perasaan itu datang secara tiba-tiba..perasaan benci,geram,marah..semuanya bercampur-baur..entah kenapa Allah hadirkan perasaan itu,,
Dan tanpa aku sedari,sebenarnya jauh di sudut hati ini,Allah campakkan perasaan kasih dan sayang aku terhadap dirinya..cuma aku yang cuba menidakkan..
Hinggalah pada satu saat,Allah hilangkan dia dari pandanganku..Allah jarakkan kami..
Aku rasa kehilangan..kehilangan orang yang aku sayang..
Dan saat itu,aku belajar melupakan,,melupakan kenangan lalu,,pahit manis yg dilalui bersama..
Sesungguhnya perasaan kasih,sayang dan cinta itu anugerah Allah,,fitrah yg Allah kurniakan utk hamba-hambaNya..dan setiap insan pasti merasainya,,dan bagiku inilah perasaan yang aku tidak pernah diuji sebelum ini,dan sekarang aku diuji..


Allah..sehingga saat ini,detik ini,waktu ini..aku sedang berjuang,,berjuang melupakan perasaan itu,,
Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini..biarlah perasaanku ini disalurkan pada jalan yang Engkau redhai..
Jangan biarkan perasaan ini melebihi rasa cintaku padaMu ya Allah..

Friday, November 9, 2012

senyuman dan tangisan silih berganti

senyumlah selagi mana mampu mengukirkan senyuman itu,
menangislah seandainya tak mampu lagi utk menahan tangisan itu,
kongsilah kegembiraan dan kesedihan dengan pemilik hati kita,ALLAH..


---------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini terlalu banyak perkara yg berlaku,,sehinggakan aku dah tak mampu utk menahan air mata yang mengalir...beratnya rasa..sangat berat..dan pada saat air mata itu mengalir,tiada apa yg aku pinta melainkan kekuatanNya..meskipun tiada yg mengerti..tp Allah ada utk menemaniku saat itu..ALLAH..ALLAH..hnya kalimah itu yg mampu menguatkan aku..memberikan aku kekuatan utk terus bangun..


perempuan..hebat mana pun dia,pasti akan mengalir air mata...kadang2 kesedihan itu dia sembunyikan..dia tak mahu orang lain mengetahui keadaanya ketika itu..dan dengan AIR MATA itulah dia dapat kekuatan..

oh Allah,make me strong..




saat aku keseorangan,tanpa teman di sisi utk luahkan,aku pesan kat diri aku,'zahirah,sabarlah..jangan pernah mempersoalkan itu dan ini..janganlah pernah merasa sedih seandainya tiada yg sudi berkongsi saat susah dan senang bersama-sama kamu,.Allah tahu apa yang terbaik utk kamu,,semua itu sebagai satu peringatan utk kamu perbaiki diri kamu..'



bersangka baiklah pada Allah taatkala ujian itu datang dalam hidup kita..kadang-kadang Allah sengaja bagi kita rasa sunyi walaupun ramai yang menyayangi kita,sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita,,
mengadulah pada Allah..DIA lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu..





Monday, October 29, 2012

bosan dengan CHENTA??



"tolonglah..plez stop cakap pasai cintan cintun segala bagai nih.."-keluhan seorang sahabat-

kadang-kadang diri aku sendiri pun muak sampai nak muntah hijau bila mana orang disekeliling asyik membicarakan soal chenta..asal ada talk,mesti psl chenta,facebook post pasal chenta,heh..


Itulah fitrah manusia, saat Allah hadirkan perasaan chenta dlm hati hamba-hambaNya.perasaan sayang, ingin dichentai, menchentai si dia, dan lain-lain perbuatan adalah fitrah (nafsu) yang juga tidak dapat tidak perlu dikawal bukan disekat. Apa salahnya berchenta jika ia adalah tuntutan agama dan untuk melaksanakan keperluan naluri manusia. Apa salahnya terasa ingin disayangi dan minat terhadap seseorang jika itulah sebahagian kehendak naluri manusia. Yang penting ia mesti dikawal dan melalui jalan yang betul. ISLAM tidak menyekat firah itu, bahkan menyediakan alternatif yang terbaik untuk disalurkan.


Allah bagi hati dan perasaan chenta tu, sebenarnya sebagai suatu ujian. Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta denganNya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!


Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!



Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api."

[Hadith Riwayat Bukhari]



Allahlah yang memegang hati-hati kita. Dia juga yang memberikan rasa chenta. Maka selayaknya Dialah yang kita chentai dahulu.

Allahlah yang memegang hati-hati manusia yang lainnya. Maka sekiranya kita mahu menchentai mereka, chentailah Allah terlebih dahulu, kerana pasti Dia tidak akan mengecewakan kita.

bosan dengan chenta??silakan..anda ada pilihan,tapi jangan pernah bosan dengan chentaNya!!kerana dengan chentaNya sahaja yang mampu membawa kita ke sorga!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika hati tdk diisi dgn kechentaan kpd Allah SWT, pastilah ia akan diisi chenta selain Allah SWT." (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

Friday, September 14, 2012

sem 3~actuary~

h0h0h0...
eh..x sopan lah..assalamualaikum..
disebabkan byk masa terluang sepanjang minggu pertama kuliah ni..hehe,,so banyaklah mengarut sikit,,
maap noh..
huahua..bajet xdak qheja..padahal..haish..boleh buat rileks,,
sem ni agak mencabar sebab..5 subjek 3 kredit,lg 2 subjek 2 kredit..
ni lah subjek2 yg kami kena belajaq

-probability
-linear algebra
-financial accounting(1st time blajaq akaun nih,,huh..moga Allah permudahkan)
-akidah
-akhlak
-dakwah
-object programming

best x??best kan..haha..tambah subjek akidah,akhlak,dakwah(fully in arabic)..pensyarah pun tok arab..
haish,,xpa2...~cool~

1st week pun dah byk benda berlaku n kena uruskan..
sem ni kami semua bsb2 ambik gambar kenangan..mau plak budak laki nak ambik gambaq..sebelum ni susah(myb sebab ada artis kot..IM Naufal tuh..)
~hewhew~



 budak lelaki bsb2
gugurls bsb2
bsb2 actuary sem3~hewhew~
"we cames together as strangers but we lives as eternal friends"



apa lagi eh..hmm..rasanya yang ni ja kot..
moga sem 3 ni lebih baik..x kiralah dr segi akademik,akhlak,ilmu..sama2 kita memperbaiki diri utk menjadi lebih baik..
belajar dr pengalaman lalu,,jatuh sekali bukan bermakna jatuh buat selama-lamanya..
saling tolong-menolong,,masing2 ada kekurangan dan kelebihan...
itulah hikmahnya..saling melengkapi antara satu sama lain..
we can't be perfect,but we can makes our lifes perfect by supporting each others =)

"we cames together as strangers but we lives as eternal friends"










Thursday, September 6, 2012

aku lemah apabila berhadapan denganmu

"aku tak kuat!
aku lemah!
tolonglah...tolong..."


saat nafsu datang menguasai diri..
tiada apa yang bisa menghalangnya..
kecuali iman dan takwa..

lawanlah selagi mana termampu..
jangan biarkan nafsu menguasai diri..
kelak diri kita terseksa dan merana..

before doing something,reflects yourself..
is it good enough..?
is it will make you happy fi dunya wal akhirah..

ingatlah,syaitan dah berjanji pada Allah bahawa dia akan menyesatkan seluruh anak cucu adam!!dan syaitan takkan pernah berputus asa utk menyesatkan kita semua!!

JUM MUJAHADAH LAWAN HAWA NAFSU!!





Tuesday, September 4, 2012

..::Aku wanita,aku kaum hawa::..



✿ Wanita yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi manis..

✿ Wanita yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang yg redha..

✿ Wanita yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang yg rendah diri..

✿ Wanita yang tak pandai, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang ibu mithali..